Isteri maut dibelasah suami kerana cemburu video TikTok

Nik Ezanee
Nik Ezanee
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita maut dibelasah suaminya selepas bertengkar dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Pelangi Damansara di sini pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang merupakan warga asing berusia 40 tahun dipercayai cemburu setelah melihat video aplikasi sosial TikTok suaminya bersama isteri keduanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semasa pergaduhan itu, suspek telah menumbuk dan menampar mangsa berkali-kali hingga tidak bergerak.

"Keesokannya, pada jam 7.30 pagi polis menerima satu panggilan telefon yang memaklumkan mengenai kematian wanita berkenaan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat polis menahan suspek dan seorang wanita yang juga adalah isteri keduanya dalam tangkapan berasingan di Kuala Lumpur dan Klang, Selangor pada hari sama.

Katanya, polis telah merampas beberapa barang seperti tiga unit telefon bimbit, pakaian dan barang kemas.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua suspek warga asing berusia 29 dan 45 tahun telah direman enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: