Kerajaan Kelantan teruskan Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2

Ahmad
Ahmad
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri meneruskan pemberian Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 bagi tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 melibatkan beberapa sektor utama di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, empat skop utama diberikan perhatian melibatkan petani dan nelayan, industri pelancongan dan dua bantuan khas lain membabitkan guru pondok dan juga perpaduan masyarakat.

"Sebanyak RM1.41 juta diperuntukkan di bawah Program Bantuan Sejahtera Tani bagi mengurangkan beban dan impak yang dihadapi oleh para petani, penternak dan nelayan yang akan diselaras oleh jabatan-jabatan berkaitan.

"Peruntukan sebanyak RM460,000 disediakan kepada 2,300 penternak di seluruh negeri Kelantan dan RM900,000 pula untuk perikanan dan nelayan yang akan melibatkan 4,500 penerima.

"Untuk industri asas tani pula, RM50,000 diperuntukan untuk input tani dan belian hasil tani," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, untuk industri pelancongan, kerajaan memperuntukkan RM498,000 sebagai bantuan 'one-off' kepada pengusaha-pengusaha pelancongan melibatkan penginapan, operator pelancongan, pengayuh beca, operator bot pemandu pelancong serta penggiat seni yang berdaftar.

Beliau juga berkata, Bantuan Khas Guru Pondok akan melibatkan peruntukan sebanyak RM165,500 dan diberikan kepada seramai 331 guru-guru pondok yang berdaftar di seluruh negeri.

"Untuk Bantuan Khas Perpaduan Masyarakat pula, sebanyak RM37,000 diperuntukkan kepada 16 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di negeri Kelantan," katanya.

Artikel Berkaitan: