BN Sabah kekal pendirian bersama GRS

Bung Moktar menyampaikan limau mandarin kepada Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung pada majlis di Kota Kinabalu pada Rabu.
Bung Moktar menyampaikan limau mandarin kepada Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung pada majlis di Kota Kinabalu pada Rabu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah kekal pendirian untuk bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menentukan kemenangan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya maklum dengan jangkaan PRU15 diadakan selepas pandemik Covid-19 reda.

Bung Moktar
Bung Moktar

"Kita memang menjangkakan PRU15 diadakan. Seperti maklumat yang diberikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa selepas saja Covid-19 reda, sudah tentu pilihan raya akan dibuat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan kad Tahun Baharu Cina dan limau mandarin kepada komponen Barisan Nasional (BN) Sabah di Bangunan UMNO Sabah di sini pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya baru-baru ini berhubung PRU15 akan diadakan selepas pandemik Covid-19 reda.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah sehubungan itu berkata, BN dan UMNO Sabah akan bersama-sama GRS untuk membuat persiapan bagi menghadapi PRU15 itu.

Artikel Berkaitan: