X

Kindly register in order to view this article
!

Kampung Teluk, Setiawan dikenakan PKPD bermula esok

Ismail Sabri
A
A

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 sehingga 24 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan peningkatan kes positif Covid-19 dicatatkan pada Rabu.

"Sehingga 9 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 43 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 sehingga 24 Februari 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, perlaksanaan PKPD itu bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 400 orang penduduk dan untuk mengawal jangkitan dalam komuniti.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!