X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan salur RM1.23 bilion skim biaya PKS Penjana

Tengku Zafrul
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan 6,507 permohonan dengan jumlah nilai pinjaman sebanyak RM1.23 bilion di bawah skim pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) setakat 29 Januari 2021.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Skim Pembiayaan PKS Penjana dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.

Bagi Pembiayaan Sektor Pelancongan Penjana kepada PKS dan PKS Mikro yang masih terkesan dengan Covid-19 menerusi peruntukan sebanyak RM1 bilion, beliau berkata, setakat 29 Januari, terdapat 573 permohonan bagi pembiayaan itu dan daripada jumlah tersebut 277 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan RM55.4 juta.

“Bumiputera Relief Financing (BRF) yang diperkenalkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dengan dana RM200 juta, menyaksikan 519 PKS telah menerima dana sebanyak RM 143.8 juta berbanding 494 PKS dengan jumlah RM135.5 juta pada minggu sebelumnya,” katanya semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-40 pada Rabu.

Bagi matlamat ketiga Penjana iaitu merangsang ekonomi, Tengku Zafrul berkata, laporan minggu ini tertumpu kepada pengecualian cukai perkhidmatan bagi hotel untuk menyokong sektor pelancongan sehingga 30 Jun 2021.

Nilai pengecualian cukai yang telah dimanfaatkan oleh pengendali premis penginapan telah mencecah RM1.37 bilion, peningkatan sebanyak RM533.42 juta berbanding RM836.56 juta pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, antara inisiatif sokongan sektor pelancongan ialah pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong, serta pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bagi pelancong asing. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!