X

Kindly register in order to view this article
!

Tuchel sahkan Thiago Silva tidak beraksi berdepan Barnsley

Thiago Silva
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mengesahkan pertahanan kental, Thiago Silva tidak beraksi pada aksi Piala FA berdepan Barnsley awal pagi Jumaat nanti berikutan masalah kecederaan.

Menurut Tuchel, pertahanan berusia 36 tahun itu terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan paha ketika berdepan Tottenham Hotspur minggu lalu.

“Thiago hampir pasti akan terlepas aksi berdepan Barnsley nanti kerana kecederaannya akan mengambil masa untuk pulih.

“Mungkin dia boleh beraksi menentang Southampton pada 20 Februari nanti, tetapi kita tidak mahu terlalu berharap kerana kecederaan yang dialaminya melibatkan otot dan ia terlalu berisiko.

“Apa pun, kita akan cuba lakukan yang terbaik agar dia dapat kembali berlatih dan beraksi semula dalam masa terdekat,” katanya.

Selain terlepas aksi berdepen Barnsley, Silva juga bakal terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Newcastle pada 15 Februari, Manchester United (28 Februari).

Selain itu, Silva juga tidak akan disenaraikan dalam juga kunjungan ke Madrid bagi berdepan Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara pada 23 Februari.

Sementara itu, Tuchel berkata, sepanjang ketiadaan Thiago, dia berkemungkinan akan menurunkan seorang lagi pemain pertahanan Andreas Christensen.

Katanya, setakat ini, Chrsitensen dilihat mula menunjukkan aksi yang memberangsang bagi mengawal benteng pertahanan The Blues.

“Kita juga mungkin boleh menggunakan khidmat Kurt Zouma kali ini dalam usaha mengukuhkan benteng pertahanan kita,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!