Sambutan Tahun Baharu Cina paling suram

Lua Beng Soom (kiri) bersama kakaknya, Lua Soo Kim, 69 ketika menerima sumbangan sempena program ziarah masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Lua Beng Soom (kiri) bersama kakaknya, Lua Soo Kim, 69 ketika menerima sumbangan sempena program ziarah masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
A
A
A

KUALA NERUS - Warga emas dari Kampung Batu Rakit di sini mengakui sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada Jumaat ini merupakan perayaan paling suram sepanjang hidupnya 64 tahun.

Lua Beng Soom, 64, berkata, perayaan kali ini disambut sederhana bersama keluarga tanpa kehadiran empat anaknya yang tinggal di luar Terengganu.

"Rasa sedih juga sebab raya kali ini suram dan tidak meriah. Ada juga buat makan besar tetapi secara sederhana sebab tidak boleh berkumpul ramai.

"Begitu juga dengan kuih muih. Kalau dulu meriah kita masak sendiri, tahun ini banyak beza. Kebanyakan kita beli sahaja untuk makan sekadar yang ada," katanya yang mempunyai seramai tujuh anak.

Beng Soom ditemui media sempena program ziarah masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit di sini pada Rabu.

Lua Beng Soom
Lua Beng Soom

Sementara itu, Lua Kim Sui, 72, berkata, perayaan Tahun Baharu Cina kali ini disambut sederhana dengan tiada kemeriahan tradisi makan besar.

"Tahun ini kita tak buat makan besar sebab biasanya makan besar kami perlu berkumpul satu keluarga ramai-ramai.

Artikel Berkaitan:

"Baju raya pun saya dan isteri tak beli baharu sebab kalau beli baharu pun kami tidak dapat ke mana-mana hanya duduk di rumah sahaja," katanya yang tinggal bersama isteri, Peng Fan Eng, 65, serta anak bongsu, Lua Chee Chien, 30.

Bagaimanapun, Kim Sui berkata, beliau berharap pandemik Covid-19 segera berakhir supaya masyarakat dapat kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini.

Lua Kim Sui bersama bersama isterinya, Peng Fan Eng bersama persiapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada Jumaat.
Lua Kim Sui bersama bersama isterinya, Peng Fan Eng bersama persiapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada Jumaat.

"Saya berdoa supaya wabak ini segera berakhir dan semua orang dapat bertemu ahli keluarga dan saudara mara masing-masing terutama yang tinggal berjauhan,"katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, sebanyak 11 keluarga masyarakat Cina menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan makanan sempena program yang diadakan pada Rabu.

"Selain meraikan perayaan mereka, kita juga mengadakan program ziarah bagi mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat Cina yang tinggal di sini," katanya.