Cukup! Ini dah melampau: Nabila Huda

Nabila Huda
Nabila Huda
A
A
A

PERLAKON, Nabila Huda, meluahkan rasa tidak puas hati dengan panjang lebar di akaun Instagramnya.

Menurut Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28, berkata, media sosial hari ini semakin disalahguna oleh generasi baharu.

"Saya tak sanggup untuk baca dan tengok rakan di dalam industri ditindas, dicaci di khalayak ramai.

"Yang buruknya semua datang daripada kami. Jahat, penguruh tidak baik, neraka tempat kami.

"Saya rasa ia sudah melampau. Tidak ada langsung kebaikan daripada kami yang bergelar "retis" ini," tulisnya di IG.

Nabila juga kesal dengan masyarakat yang tidak menghargai bakat anak seni kerana selama ini jujur dalam perjuangan mereka.

"Akhirnya yang dipertikaikan adalah keburukan dan kelemahan daripada kita? Dan kita biarkan mereka mencaci kita sana sini tanpa tunjuk betapa terasanya hati kita ini.

"Selama ini kita buat yang terbaik, macam ini mereka menghargai kita? Ini tidak adil... oh memang nak kena tunjuk yang baik je semua? Barulah disayangi rakyat Malaysia?

Artikel Berkaitan:

Demikian itu, pelakon sinonim antagonis ini menegaskan agar penggiat seni berhenti daripada berkongsi mengenai sisi peribadi dan lebih banyak memuat naik fasal karier.

"Cukup semua itu, ayuh didik mereka, bermula hari ini dan seterusnya, berhentilah post tentang sisi peribadi di lama sosial.

"Muat naik fasal kerja kerjaya sahaja, mereka tak layak tahu tentang diri anda. Kita terlalu banyak berkongsi di media sosial sampai dah jadi habit mereka nak ambil tahu tentang kita.

"Sikit pun mereka tak jaga hati dan perasaan kita. Bila sudah salah bertubi-tubi kita kena caci, diaibkan depan orang ramai.

"Bukan itu sahaja, siap tentukan kita masuk syurga atau neraka. Nak cerita dosa pahala kita. Sudahlah, sampai bila kita nak biarkan penulisan negatif tentang kita sahaja?," luahnya lagi.

Sementelah itu, Nabila turut memberitahu kepada rakan artis di luar sana untuk perlu tahu pada masa yang selayaknya membuat permohonan maaf kepada umum.

"Tak perlu nak minta maaf pada semua orang. Bila kita ikhlas minta maaf, mereka cakap senang lah artis, salah sahaja minta maaf, selesai!

"Tak perlu keluarkan sebarang kenyataan, melainkan kalau tindakan atau kesalahan kita itu melibatkan orang lain.

"Contoh, kau cakap buruk fasal negara kita, baru betul kau kena minta maaf kepada rakyat Malaysia!

"Jadi lepas ini kalau buat salah dengan hidup kita sendiri, minta maaf dengan ibu yang melahirkan kita, bapa atau keluarga. Minta maaf dengan ALLAH, cukup, titik," akhirinya.