Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: Tiada kes positif babitkan rentas negeri

Tiada sebarang kes positif Covid-19 baharu membabitkan rentas negeri dalam laporan harian kes pada Selasa.
Tiada sebarang kes positif Covid-19 baharu membabitkan rentas negeri dalam laporan harian kes pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada sebarang kes positif Covid-19 baharu membabitkan rentas negeri dalam laporan harian kes pada Selasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perkembangan baik itu menggambarkan keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat sejak 4 Februari lalu.

"Perkembangan ini juga menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pelbagai pihak dan keberkesanan pematuhan untuk tidak merentas sempadan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, risiko jangkitan baharu dengan melindungi diri dan orang lain telah dapat dikurangkan.

"KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) menyeru seluruh peringkat masyarakat, tanpa mengira sesiapa pun untuk terus bersama-sama mematuhi PKP dan mengamalkan normal baharu," katanya.

Beliau berkata, sejak 7 Disember lalu sehingga 8 Februari, KKM mengesan 31 kluster rentas negeri.

"Negara mencatatkan 4,376 kes jangkitan rentas negeri yang berlaku di Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Wilayah Persekutuan.

Dr Adham berkata, jangkitan itu berlaku dari enam negeri asal iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada 9 Februari adalah sebanyak 2,764 kes.

"Ini adalah satu penurunan yang jelas jika dibandingkan dengan 5,728 kes harian tertinggi pada 30 Januari," katanya.

Tambahnya, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan vaksinasi kelak, negara akan menuju kepada matlamat bagi menamatkan pandemik Covid-19.

"Kita semua akan lebih selamat dan insya-ALLAH negara akan kembali makmur," katanya.