X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Pemuda Pas sokong langkah PN tangani isu pengangguran

Khairil Nizam
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas menyokong langkah proaktif diambil Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi menyelamatkan tiga juta pekerja dan 320,000 majikan di negara ini.

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, sebanyak RM18 bilion diperuntukkan bagi mengatasi isu pekerjaan dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Langkah ini ternyata merangsang pembukaan dan pemulihan operasi syarikat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Buktinya, daripada 3.9 peratus pada Mac 2020 melonjak kepada 5.3 peratus pada Mei 2020 iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ia berjaya diturunkan kepada 4.6 peratus pada September 2020, sebelum kembali naik semula," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Khairil Nizam berkata, inisiatif kerajaan itu bukan sahaja menangani peningkatan kadar pengangguran tetapi juga memastikan pengekalan pekerjaan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PN berkata, penunjuk kepada kesungguhan Kerajaan PN ialah apabila menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau mengakui kebimbangan rakyat terhadap peningkatan semula kadar pengangguran dan isu berkenaan diberi perhatian secara kritikal oleh kerajaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!