Che Ta 'carut' pereka fesyen

Pelakon, Rozita Che Wan
Pelakon, Rozita Che Wan
A
A
A

PELAKON popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta, 45, memberitahu kepada pereka fesyen yang tidak disebut namanya supaya berhenti menyanyi.

Biarpun Che Ta tidak mempunyai isu dengan pereka fesyen itu, namun aktres cantik ini tetap mahu tampil meluahkan isi hatinya.

"Dulu saya ingat pereka fesyen ini pernah cakap, artis pun nak jadi fashion designer. Kononnya caras pasaran mereka.

"Tup tup... minggu lepas saya dengar nak jadi penyanyi pula. Ok lah sudah suara sedap pergilah menyanyi.

"Sekali dengar ayo apa itu? Tak payah menyanyilah, macam tercekik sudu. Menyanyi ke bercakap tu. Buat baju pun ala-ala kata orang.

"Eh! Chup jangan terasa hati, saya tak ada isu dengan sesiapa pun. Tetapi daripada satu Malaysia carut, baik saya carut dulu.

"Tak payahlah menyanyi, dah dengar lagu tu," ungkap Che Ta di Insta Story akaun miliknya.

Artikel Berkaitan: