Warga emas didenda RM8,000 sembunyi wang

Tertuduh diiring polis di Mahkamah Majistret Rembau.
Tertuduh diiring polis di Mahkamah Majistret Rembau.
A
A
A

REMBAU - Seorang warga emas didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah RM35,000 yang bukan miliknya empat tahun lalu.

Majistret, Tan Chai Wei menjatuhkan hukuman itu terhadap Siah Tiaw Koon, 66, selepas dia mengaku bersalah terhadap kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 10 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah membantu menyembunyikan wang berjumlah RM35,000 yang telah dimasukkan oleh penama, Mohamad Salleh ke dalam akaun Bank CIMB miliknya.

Perbuatan itu dilakukan pada 5 Oktober 2017 hingga 6 Oktober 2017, antara jam 5.20 petang hingga 10.08 pagi bertempat di Bank Cimb Cawangan Tampin.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar.

Artikel Berkaitan: