Padam gambar, Sufi Rashid putus tunang?

Sufi Rashid
A
A

TINDAKAN Sufi Rashid 'melenyapkan' gambar-gambar di akaun Instagramnya termasuk gambar pertunangannya beberapa bulan lalu, menimbulkan spekulasi di kalangan pengikut Instagram penyanyi itu.

Juara Akademi Fantasia 2015 ini hanya meninggalkan dua posting gambar, di mana salah satunya merupakan posting terbaharu yang memaparkan gambar hati yang retak dengan kapsyen : "Beratnya menanggung rasa hati aku...".

Bagaimanapun, ada juga yang meneka, ini merupakan salah satu gimik terbaru dari Sufi, 28, sebelum mengeluarkan single terbaharu.

Namun sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan apatah lagi Sufi juga tidak membalas komen-komen pengikutnya.




Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia