X

Kindly register in order to view this article
!

'Jangan jadikan darurat untuk halang rakyat bertanya'

Mohd Puad Zarkashi
A
A

SHAH ALAM - Meskipun telah diberikan kata dua oleh Pejabat Perdana Menteri, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dilihat tidak 'gentar' apabila terus membangkitkan kewajaran kerajaan melaksanakan darurat.

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook beliau pada Rabu, Mohd Puad menggesa kerajaan tidak menghalang rakyat daripada meminta penjelasan mengenai peraturan yang disifatkan sebagai dua darjat itu.

"Jangan gunakan darurat untuk menghalang rakyat bertanya dan minta penjelasan. Bertanya pun kena saman?" katanya.

Beliau berkata, apa yang dipersoalkannya ialah mengenai perintah yang dikeluarkan Menteri menggunakan Warta Persekutuan.

"Contoh, Menteri yang balik dari luar negara akan dikuarantin tiga hari, bukan lagi 10 hari. Apakah itu tujuan darurat? Untuk memenuhi keperluan dan keselesaan menteri?" soalnya.

Pada Selasa, Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan dibuat Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Sehubungan itu, Mohd Puad diberi kata dua sama ada memohon maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan undang-undang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!