Seorang maut, empat cedera insiden tembakan di klinik

Seorang lelaki melepaskan tembakan kerana tidak berpuas hati dengan rawatan diterimanya di sebuah klinik kesihatan di Minnesota, Amerika Syarikat. - Foto David Joles/Star Tribune via AP
Seorang lelaki melepaskan tembakan kerana tidak berpuas hati dengan rawatan diterimanya di sebuah klinik kesihatan di Minnesota, Amerika Syarikat. - Foto David Joles/Star Tribune via AP
A
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan rawatan diterimanya di sebuah klinik kesihatan di Minnesota Amerika Syarikat melepaskan tembakan menyebabkan seorang terbunuh dan empat cedera, lapor Agensi Anadolu memetik CNN.

Kejadian berlaku pada Selasa pagi di Klinik Penjagaan Kesihatan Allina di bandar Buffalo, menurut Jabatan Polis Buffalo.

Suspek Gregory Paul Ulrich, 67, telah ditahan polis dan dijangka didakwa pada Khamis pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: