X

Kindly register in order to view this article
!

Equatorial Guinea laksana perintah berkurung ekoran Covid-19

Equatorial Guinea melaksanakan perintah berkurung berikutan kenaikan kes Covid-19 di negara itu. Foto: sumber YouTube
A
A

MALABO - Equatorial Guinea pada Selasa menyatakan perintah berkurung akan buat pertama kali dengan penerbangan keluar dan masuk ke negara itu dihadkan berikutan kenaikan kes Covid-19.

Negara kecil itu yang diperintah oleh Presiden Teodoro Obiang Nguema selama 41 tahun itu turut kembali mengadakan satu siri sekatan pergerakan penduduk yang mula dilaksanakan pada Ogos tahun lalu.

Bar, restoran, disko, kasino dan sejumlah tempat untuk hiburan dan bersantai sekali lagi ditutup, menurut satu dekri yang dibacakan di televisyen pada Selasa berdasarkan laporan AFP.

Bagaimanapun, tempat-tempat beribadat yang ditutup semasa gelombang pertama Covid-19 berlaku di negara itu pada tahun lalu kekal dibuka kepada orang ramai.

Perintah berkurung itu bermula dari jam 7 malam hingga 6 pagi termasuk semua penerbangan di negara itu sekali lagi dikurangkan.

Pada setiap hari, penerbangan domestik sekali lagi dikurangkan kepada satu operasi sahaja.

Penerbangan antarabangsa pula yang menggunakan pesawat-pesawat milik negara dikurangkan semula kepada dua operasi untuk setiap minggu.

Hanya sebuah pesawat milik syarikat antarabangsa dibenarkan beroperasi untuk setiap minggu.

Memakai pelitup muka di khalayak ramai kekal menjadi keutamaan.

Negara itu sebelum ini yang mempunyai 1.3 juta penduduk telah mencatatkan 5,614 kes Covid-19 dengan 87 orang meninggal dunia. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!