Peniaga di Pahang kekurangan stok

Ahmad Firdaus menunjukan rak pameran komputer riba di kedainya di Kuantan yang hampir kehabisan stok ekoran masalah bekalan dan permintaan yang terlalu tinggi.
Ahmad Firdaus menunjukan rak pameran komputer riba di kedainya di Kuantan yang hampir kehabisan stok ekoran masalah bekalan dan permintaan yang terlalu tinggi.
A
A
A

KUANTAN - [LAPORAN KHAS] Kekurangan stok komputer riba turut berlaku di negeri Pahang, malah masalah itu dikesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)1.0 awal Mac tahun lalu.

Perkara itu diakui seorang pengusaha kedai barangan komputer di sini, Ahmad Firdaus Ahmad Fadzil, 36.

Menurutnya, kekurangan stok komputer riba itu bukan hanya melibatkan komputer baharu, malah komputer terpakai.

“Perkara ini berlaku atas beberapa faktor antaranya masalah pengeluaran peranti itu dari negara pengeluar yang tidak mencapai kapasiti maksimum susulan pandemik Covid-19 dan kenaikan kos pengangkutan.

“Di peringkat kedai, stok yang dibekalkan bergantung kepada nisbah ditetapkan pihak pembekal di mana biasanya bagi negeri pantai timur jumlahnya jauh lebih kecil,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Tambah Ahmad Firdaus, permintaan peranti pada ketika ini meningkat lebih 50 peratus terutama untuk komputer riba berharga sederhana bawah RM2,000 selain komputer terpakai, berharga bawah RM600.

Menurutnya, ditambah pula selepas kerajaan membuat bayaran pengeluaran caruman Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar bagi kategori satu baru-baru ini, kedainya telah diserbu pelanggan untuk mendapatkan komputer riba bagi kegunaan anak-anak.

“Stok yang ada sekarang kebanyakannya komputer riba yang berspesifikasi lebih tinggi dijual pada harga di atas RM2,000.

Artikel Berkaitan:

“Kami peniaga komputer riba juga berdepan masalah ketiadaan stok untuk mesin pencetak di mana bekalannya gagal diterima setakat ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga gajet naik sehingga 70 peratus