111 jangkitan baharu Covid-19 di Sarawak

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Sebanyak 111 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 5,871 kes dicatatkan di negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menyebut dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 dilapor menjadikan jumlah keseluruhan 55 kematian.

Menurut kenyataan itu, kes kematian ke-54 melibatkan seorang wanita berumur 66 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu pada 30 Januari lalu sebelum kesihatannya merosot dan disahkan meninggal dunia pada 1.14 tengah hari, Isnin.

“Kes mempunyai komorbid penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kes adalah daripada Kluster Pasai,” menurut kenyataan itu.

Kematian ke-55 pula melibatkan seorang lelaki berumur 54 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu pada 21 Januari setelah mengalami gejala demam, batuk dan selesema bermula 10 Januari.

Kenyataan itu menyebut mangsa yang mempunyai penyakit darah tinggi disahkan meninggal dunia pada 4.04 petang hari sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: