Polis pantau kawasan perumahan semasa Tahun Baharu Cina

Azhar (Kiri) menyebarkan maklumat pematuhan SOP kepada peniaga Pasar Pagi Pekan Kulim pada Selasa.
Azhar (Kiri) menyebarkan maklumat pematuhan SOP kepada peniaga Pasar Pagi Pekan Kulim pada Selasa.
A
A
A

KULIM - Polis akan memantau kawasan perumahan selama tempoh perayaan Tahun Baharu Cina bagi memastikan pematuhan ke prosedur operasi standard (SOP) berhubung pengawalan pandemik Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh perayaan tersebut pada minggu ini.

Menurutnya, pasukan pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim akan digerakkan ke kawasan taman perumahan bagi memastikan sambutan perayaan terutama acara makan malam mematuhi SOP ditetapkan.

"Saya difahamkan jamuan makan malam sempena Tahun Baru Cina akan diadakan pada Khamis malam Jumaat. Diberi kebenaran tidak melebihi 15 ahli keluarga berkumpul," katanya meninjau pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pasar Pagi Pekan Kulim pada Selasa.

Beliau berkata, hasil pemantauan di kawasan Pasar Basah dan Pasar Pagi Pekan Kulim mendapati tahap pematuhan sebanyak 85 peratus.

"Saya telah menasihatkan wakil jawatankuasa pasar agar memasang penghadang tali di bahagian depan setiap gerai bagi mematuhi penjarakan fizikal," kata beliau lagi.

Tambahnya, sejak 8 Februari 2021, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah merekodkan pertambahan 23 kes baharu Covid-19 di daerah Kulim menjadikan 286 kes positif Covid-19 yang masih aktif dengan satu zon merah iaitu Mukim Keladi.

"Sebanyak empat tangkapan membabitkan warga asing dan 132 kompaun dikeluarkan bermula 22 Januari 2021 hingga 8 Februari 2021. Kebanyakan kompaun adalah bagi kesalahan berkumpul dan tidak mengikut jarak, tiada surat kebenaran rentas sempadan negeri serta tidak memakai pelitup muka," katanya.

Artikel Berkaitan: