Dua suspek pecah rumah dapat habuan

PDRM
PDRM
A
A
A

KUANG - Dua lelaki berusia 20 hingga 26 tahun yang cuba melakukan pecah rumah ditangkap sebelum dibelasah penduduk di Kampung Damai sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata, dalam kejadian 11 malam itu, suspek alami cedera ringan dipukul penduduk sewaktu cuba melarikan diri.

Menurutnya, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah dan dadah.

"Salah seorang suspek terlibat dalam satu kes pecah rumah di Lorong Melati Kampung Damai di sini 2 Januari lalu melibatkan kerugian RM5,000.

"Suspek mempunyai 18 rekod jenayah termasuk enam kes dadah dan 12 kes jenayah lain termasuk kes pecah rumah," katanya.

Katanya, suspek ditahan selama lima hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan kes di bawah 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pemilik akaun laman sosial Facebook berkongsi video suspek diikat dalam keadaan cedera pada bahagian muka selepas berjaya ditangkap penduduk.

Artikel Berkaitan: