Lelaki ditahan bersama syabu, air ketum

100 bungkus air ketum yang dirampas dari lelaki di sebuah pondok nelayan di Teluk Kumbar.
100 bungkus air ketum yang dirampas dari lelaki di sebuah pondok nelayan di Teluk Kumbar.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki ditahan ketika Pasukan Polis Marin Wilayah 1 memeriksa sebuah pondok nelayan di Kampung Nelayan Teluk Kumbar, petang semalam.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan selepas didapati beg silangnya mengandungi satu paket plastik lut sinar yang diisi dengan syabu seberat 0.88 gram.

Menurutnya, lelaki itu ditahan oleh tujuh anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 1 dan sembilan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Barat Daya kira-kira jam 4.45 petang.

"Pemeriksaan lanjut di pondok itu telah menjumpai sebuah tong berwarna kuning yang mengandungi 100 paket plastik lut sinar yang diikat dengan getah dipercayai air ketum. Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM4,234.

Wang tunai yang dirampas dari lelaki di sebuah pondok nelayan di Teluk Kumbar.
Wang tunai yang dirampas dari lelaki di sebuah pondok nelayan di Teluk Kumbar.

"Wang itu dipercayai hasil jualan air ketum berkenaan. Lelaki berkenaan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menerusi satu kenyataan media tadi.

Tambahnya, kesemua barangan rampasan dan lelaki berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Barat Daya untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: