Empat individu termasuk 'Wan Bangau' diberkas

Dadah jenis syabu yang dirampas pada serbuan di sebuah rumah di Taman Dato Harun, Petaling Jaya pada Isnin.
Dadah jenis syabu yang dirampas pada serbuan di sebuah rumah di Taman Dato Harun, Petaling Jaya pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis memberkas empat individu termasuk seorang lelaki dikenali sebagai 'Wan Bangau' disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Taman Dato Harun di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah membuat serbuan di sebuah rumah pada jam 2.45 petang.

"Kita menahan tiga lelaki berusia 39 hingga 46 tahun, kita turut merampas 88 peket plastik disyaki dadah jenis syabu angaran berat 71 gram dengan nilai rampasan lebih kurang RM7,100," katanya.

Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati, kesemua suspek mula melibatkan diri dalam pengedaran dadah sejak dua bulan lalu.

"Mereka memperoleh dadah tersebut daripada individu yang dikenali sebagai ‘Boy’ dan ‘Wan Bangau’ yang aktif di sekitar daerah ini dan Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, berdasarkan risikan maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dikenali sebagai ‘Wan Bangau’ pada jam 5.30 petang di sebuah rumah di Taman Dato Harun pada hari sama.

"Hasil pemeriksaan badan suspek, kita menemui lima peket plastik disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 5.1 gram," katanya.

Beliau berkata, semakan rekod mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah serta dadah.

Artikel Berkaitan:

"Hasil ujian saringan awal mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Nik Ezanee berkata, tiga suspek direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Seorang lagi suspek direman selama tiga hari dan disiasat di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.