Ganabatirau mohon maaf secara terbuka

V Ganabatirau
V Ganabatirau
A
A
A
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, mengulangi permohonan maaf berhubung kenyataan dalam Facebook beliau yang menyebut kumpulan Muslim sebagai perusuh bertanggungjawab dalam insiden kekecohan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25.

Beliau menyatakan permohonan maaf secara terbuka ketika berucap pada sidang Dun, hari ini.

"Walaupun saya tidak sebut dalam Dewan ini, saya sebut dalam lama web (Facebook) saya berdasarkan apa yang dilaporkan dan video-video kejadian yang berlaku awal pagi Isnin lalu, ada laungan bahasa Arab dari kumpulan yang memasuki kawasan kuil itu dengan membawa senjata. Berdasarkan itu saya telah menyatakan mereka sebagai kumpulan Muslim.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Kaitkan orang Islam, Exco 'gelabah' edit semula status FB' ]

"Ia telah menyinggung perasaan ramai dan akhirnya saya telah dapat nasihat daripada barisan kerajaan dan pembangkang serta rakan-rakan lain.
Artikel Berkaitan:


"Saya telah menukar kumpulan itu kepada kumpulan samseng. Segala keganasan ini berpunca daripada kumpulan tersebut. Jadi saya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung," katanya.

V Ganabatirau pada Isnin lalu mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi Facebook beliau namun telah disunting beberapa jam kemudian setelah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak.