Juwairiya dilantik sebagai setiausaha politik MB Selangor

Juwairiya Zulkifli
Juwairiya Zulkifli
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mengesahkan pelantikan beliau sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor.

Juwairiya mengisi kekosongan jawatan berkenaan selepas ADUN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Selangor pada September tahun lalu.

"Ya, saya telah terima surat lantikan semalam (Isnin), namun sesi angkat sumpah pada esok, 10 Februari," katanya menerusi balasan kiriman WhatsApp kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menerusi pelantikan itu, Juwairiya berkata, beliau sedia berkhidmat demi mempertahankan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha bagi memperkukuh kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH) Selangor dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya ucap terima kasih kepada menteri besar atas kepercayaan yang diberikan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: