Maqis rampas pisang, nanas tanpa permit sah

Nanas berjambul seberat 130 kilogram yang dirampas oleh Maqis pada Sabtu lalu di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra,Durian Burung.
Nanas berjambul seberat 130 kilogram yang dirampas oleh Maqis pada Sabtu lalu di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra,Durian Burung.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk pisang dan nanas berjambul tanpa permit di Kompleks Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra di Durian Burung pada Sabtu.

Pengarah Maqis Negeri Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, dalam pemeriksaan rutin pada jam 4.15 petang itu pegawai bertugas mendapati sebuah lori membawa muatan sebanyak 43 bakul pisang seberat 750 kilogram serta 13 bakul nanas berjambul seberat 130 kilogram.

Katanya, semua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM1,576.60 itu dirampas dan pemandu ditahan untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis.

"Kegagalan mengemukakan permit import yang sah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya aspek biosekuriti negara terus terjamin.

Artikel Berkaitan: