Annuar Musa perlu henti kritik UMNO: Khaled Nordin

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa perlu berhenti mengkritik parti secara terbuka kerana perbuatan tersebut tidak menguntungkan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat, perbuatan itu juga melemahkan semangat setiakawan dan secara sistematik mengelirukan ahli parti.

"Sebagai seorang ahli lama, beliau mempunyai akses kepada semua kepimpinan parti untuk menyatakan pendirian pandangan kritikal beliau.

"Lebih penting, tindakan mengkritik secara terbuka ini akan hanya memberi kesan kepada moral dan sokongan ahli parti dan masyarakat luar yang sedang memerhati UMNO secara rapat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Annuar yang menyatakan beliau tidak akan mengalah dengan pendiriannya bahawa UMNO perlu bekerjasama dengan semua parti Melayu, sekali pun beliau dipecat daripada UMNO.

Alasan bekas Setiausaha Agung BN itu kerana percaya hanya kerjasama dengan semua parti Melayu, UMNO akan menjadi kuat.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor menegaskan, tidak wujud sebarang khabar atau ura-ura untuk memecat beliau.

"Jadi, mengapa mahu sengaja dibangkitkan tanggapan serta sentimen 'victim' seperti ini. Ia hanya akan membuka ruang salah faham yang tidak baik, sama ada dari luar mahu pun dalam parti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Perkara ketiga katanya, UMNO sudah memutuskan untuk kembali serta menguatkan BN dan kekuatan politik orang Melayu turut diusahakan bersama-sama Pas dalam Muafakat Nasional (MN).

Segala kerjasama membentuk kerajaan katanya, hanya akan dipertimbangkan setelah pilihan raya dan bersandarkan mandat serta pilihan rakyat.

Keempat katanya, sekali pun UMNO sendiri sedang mengusahakan penyatuan politik Melayu, hakikatnya parti itu sangat sedar bahawa sokongan bukan Melayu juga penting dan tiada pihak dapat menafikan perkara itu.

"Atas dasar ini, UMNO yakin BN adalah satu wadah dan platform yang lebih sesuai, inklusif dan bersifat jalan tengah untuk semua. Bukannya PH atau Perikatan Nasional (PN).

"Kelima seandainya UMNO sudah tidak elok dan gagal memahami aspirasi dan perjuangan peribadi Annuar, janganlah bermain tarik tali dan bertangguh-tangguh dengan UMNO ini," katanya.