'Isyarat Liverpool kena beli pemain baharu'

Liverpool perlu membawa masuk pemain baharu sekiranya mahu kembali mencabar kejuaraan EPL.
Liverpool perlu membawa masuk pemain baharu sekiranya mahu kembali mencabar kejuaraan EPL.
A
A
A

LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher percaya The Reds perlu membeli sekurang-kurangnya tiga pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang untuk membawa kembali kelab itu ke landasan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurutnya, kegagalan untuk bersaing dengan beberapa pasukan besar seperti Manchester City dan Manchester United dalam saingan membuktikan sebilangan besar pemain Liverpool sudah tidak relevan untuk berada dalam kesebelasan utama.

"Pada awalnya ketika Jurgen Klopp (Pengendali Liverpool) mengambil alih pasukan, Liverpool adalah pasukan yang berada di kedudukan keenam atau ketujuh liga. Musim panas pertama, dia membawa masuk tiga pemain iaitu Joel Matip, Georginio Wijnaldum, dan Sadio Mane. Itu membawa mereka ke Liga Juara-Juara musim berikutnya.

"Selepas 12 bulan, dia membawa masuk pula Mohamed Salah pada musim panas, Virgil van Dijk pada Januari dan Alisson selepas final Liga Juara-Juara 2018. Itu membuatkan mereka sukar dikalahkan di Liga Juara-Juara dan merangkul trofi EPL.

"Saya rasa Liverpool kembali ke tahap tersebut di mana mereka memerlukan tiga pemain baharu untuk memastikan impak dalam pasukan," katanya.

Liverpool ketika ini berada pada prestasi kurang memuaskan tertinggal 10 mata daripada Mancehster City yang kini menjadi pendahulu EPL.

Malah, penyandang juara EPL itu juga hanya menang dua kali daripada sembilan perlawanan terakhir EPL sejak Disember lalu selain turut tewas tiga kali berturut-turut di laman sendiri kepada Burnley, Brighton & Hove Albion dan Manchester City.

Liverpool membawa masuk dua pemain pertahanan pada Januari lalu iaitu Ozan Kabak dan Ben Davies untuk mengatasi krisis kecederaan tiga pemain senior iaitu van Dijk, Joe Gomez, dan Joel Matip.

Artikel Berkaitan:

"Mereka memerlukan seorang pemain pertahanan tengah. Mungkin Kabak boleh diharapkan untuk peranan itu. Mereka juga memerlukan seseorang untuk menggantikan Wijnaldum dan mereka perlukan seseorang untuk pemain di jentera depan.

"Saya tidak bercakap membawa pemain baharu untuk berada di bangku simpanan. Liverpool memerlukan pemain yang berkualiti dan boleh bermain dalam kesebelasan utama," kata Carragher.