X

Kindly register in order to view this article
!

Kerjasama erat UEM Edgenta-kerajaan hadapi Covid-19

Pusat Kontak dan Perintah kendalian UEM Edgenta bagi membantu 32 hospital kerajaan dalam pengurusan krisis Covid-19.
A
A

PANDEMIK Covid-19 yang membelenggu negara sejak setahun lalu menyaksikan semua pihak berganding bahu menghulurkan bantuan mengikut keupayaan masing-masing bagi meringankan beban petugas barisan hadapan terutamanya.

Mungkin tidak ramai mengetahuinya, satu daripada entiti tersebut ialah UEM Edgenta Bhd, syarikat Pengurusan Aset dan Prasarana Penyelesaian yang terulung di rantau ini.

Menerusi subsidiarinya, Edgenta MediServe - syarikat ini telah memainkan peranannya menyediakan perkhidmatan sokongan hospital kepada 32 hospital kerajaan di seluruh negara.

Kerjasama rapat UEM Edgenta dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama ini bertujuan menambah baik kecekapan dan siap siaga terhadap segala senario kemungkinan meletusnya wabak dan pelbagai bencana.

Atas sebab itu, UEM Edgenta berupaya membantu KKM berdepan dengan cabaran-cabaran yang wujud daripada pandemik Covid-19, terutama dari segi memastikan operasi di semua hospital kendalian UEM Edgenta tidak terganggu.

Apa sebenarnya peranan UEM Edgenta ialah syarikat ini menyediakan rumusan perniagaan yang diguna pakai di 32 hospital tersebut dan ia berjaya dihasilkan menerusi ratusan ribu jam pengalaman yang diraih sebagai petugas barisan hadapan memerangi pandemik Covid-19 ini sejak Mac 2020.

UEM Edgenta berada di kedudukan terbaik menghadapi cabaran-cabaran semasa pandemik, kerana telah teruji dengan peranan uniknya sebagai penyedia perkhidmatan penting untuk petugas barisan hadapan, menerusi perkhidmatan dan rumusan-rumusan yang dipertingkatkan kepada pelbagai pelanggan di dalam sektor penjagaan kesihatan, lebuh raya dan prasarana.

Pengalaman yang diraih sejak 10 bulan bekerjasama rapat dengan KKM dan agensi kerajaan utama lain terus mengukuhkan kedudukan UEM Edgenta dengan kelebihan-kelebihan daya saing besar mengatasi syarikat-syarikat lain.

UEM Edgenta turut memperkenalkan unit jagaan rapi (ICU) yang dibina secara kos berkesan sebagai penyelesaian alternatif kepada ICU yang sesak di hospital kerajaan semasa pandemik ini.

Kemudahan hibrid ini, yang boleh memuatkan sehingga 10 pesakit, dilengkapi dengan Bilik Pemisah Jangkitan Udara (AIIR), dibina daripada bahan seperti aluminium dan kerangka keluli serta boleh disiapkan dalam tempoh tiga minggu.

Keupayaan UEM Edgenta ini begitu instrumental bagi membantu kerajaan menangani pandemik yang kini berada tahap yang cukup membimbangkan dari segi kes positif harian yang dicatatkan.

Syarikat juga telah menyesuaikan operasinya dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengguna sepenuhnya Pusat Kontak dan Perintah (C&C), iaitu nadi operasi syarikat yang menguruskan tenaga kerja digitalnya secara maya.

Rumusan-rumusan berasaskan teknologi di C&C dibina di atas platform IoT dan menggunakan pengkomputeran algoritma awan seperti pengesanan sesuatu masalah dan mesin pembelajaran bagi menganalisis aliran data.

Pasukan itu seterusnya mengguna pakai analitik unjuran bagi mengesan kemungkinan masalah, mengadakan laporan mendalam dan meningkatkan penyenggaraan unjuran supaya menghasilkan pendekatan pengurusan aset yang lebih pintar.

Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, cabaran yang dihadapi pada permulaan pandemik tahun lalu telah membawa dua perkara besar kepada syarikat.

Syahrunizam Samsudin
Syahrunizam Samsudin

“Pertamanya, pengalaman dan kepakaran kami di dalam inovasi teknologi telah membantu syarikat mengharungi pandemik dengan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan warga kerja kami selamat dan sihat.

“Pandemik ini berfungsi sebagai titik pembelaaran untuk kami semua dan menerusi pengalaman tersebut, kami dapat menyediakan pelanggan kami dengan sebilangan perkhidmatan yang dapat diguna pakai semasa menempuh cabaran pandemik.

“Yang kedua, kami turut mendapati bahawa dengan teknologi, orang dan kesungguhan, kami dapat bertahan daripada sebarang cabaran dan mengotakan janji kelestarian dengan menyampaikan perkhidmatan kepada semua pemegang saham kami.

“Kami komited dalam memastikan perkhidmatan kami di dalam memerangi pandemik adalah seiring dengan usaha kelestarian kami ke arah menggalakkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang bagus,’’ kata Syahrunizam.

Menurut beliau, Rumusan Perniagaan Covid-19 yang dihasilkan oleh UEM Edgenta mengemukakan perkhidmatan, pengalaman dan langkah-langkah untuk membantu sektor swasta mempertahankan perniagaan dan paling utama, warga kerja supaya bila negara keluar daripada kemelut pandemik ini, semua akan keluar dalam kedudukan lebih kuat dan fleksibel.

“Sama seperti yang telah kita lakukan sejak beberapa bulan lalu, kami akan terus menyokong perniagaan anda, menyampaikan tanggungjawab kami dan peranan penting bagi manfaat orang ramai, pasaran dan negara,” ujarnya.

Rumusan Perniagaan Covid-19 akan diterbitkan secara dalam talian bagi memberikan pandangan dalaman yang unik kepada pasaran.

UEM Edgenta telah menerima pengiktirafan oleh Bureau Veritas (BV), peneraju global di dalam perkhidmatan ujian, pemeriksaan dan persijilan untuk aplikasi protokol-protokol dan piawaian baharu di Ibu Pejabat (HQ) Edgenta di Kuala Lumpur.

Akreditasi ini menjadikan HQ Edgenta di Bangsar South, satu daripada dua bangunan korporat pertama di Malaysia yang menerima persijilan oleh BV, atas pematuhan kawalan-kawalan Covid-19 di negara ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!