India: Korban runtuhan glasier meningkat kepada 26 orang

Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai mangsa korban di utara India selepas sebuah glasier runtuh ke dalam sebatang sungai mengakibatkan jambatan dan jalan raya turut musnah.
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai mangsa korban di utara India selepas sebuah glasier runtuh ke dalam sebatang sungai mengakibatkan jambatan dan jalan raya turut musnah.
A
A
A

NEW DELHI - Angka korban dalam kejadian glasier Himalaya runtuh di utara India yang mencetuskan banjir besar pada Ahad kini mencecah 26 orang, manakala 171 lagi masih hilang.

Runtuhan sebahagian glasier Nanda Devi, gunung kedua tertinggi di India, terletak di Tapovan daerah Chamoli di Uttarakhand itu mencetuskan banjir dan turut merosakkan projek tenaga air Rishiganga, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Polis Uttarakhand, Ashok Kumar pada Isnin malam berkata, 26 mayat telah dijumpai di Tapovan.

Sementara, 171 lagi masih hilang, 35 daripadanya dipercayai terperangkap dalam terowong dan operasi mencari serta menyelamat sedang dijalankan.

Misi mencari dan menyelamat besar-besaran dilancarkan pada Ahad.

Mangsa yang hilang kebanyakannya terdiri pekerja projek tenaga elektrik.

Ketua Pasukan Tindak Balas Bencana Negara, Satya Narayan Pradhan berkata, lebih banyak pasukan bantuan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, pada Ahad Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkan kerajaan akan memberikan pampasan kepada waris mangsa yang maut dan mereka yang cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 14 maut, 200 hilang akibat runtuhan glasier di utara India