Isu kemiskinan tidak dipandang serius, kata Anwar

Anwar (tengah) semasa meninjau ujian swab RTK Covid-19 anjuran Pejabat Parlimen Port Dickson di Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson pada Selasa.
Anwar (tengah) semasa meninjau ujian swab RTK Covid-19 anjuran Pejabat Parlimen Port Dickson di Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa apabila isu kemiskinan negara tidak dipandang serius dan ketidakseimbangan ekonomi yang melebar.

Menurut Anwar, masalah itu hanya sekadar dibincangkan dan dijadikan slogan tetapi tiada kesungguhan untuk mencari penyelesaian.

"Untuk melakukan ini saya rasa ia memerlukan tekad politik yang jelas," katanya ketika ditemui ketika meninjau ujian swab Antigen RTK Covid-19 anjuran Pejabat Parlimen Port Dickson, pada Selasa.

Seramai 300 penduduk Port Dickson menjalani ujian swab Antigen RTK Covid-19 dengan hanya membayar RM30 sahaja.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mendedahkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk bandar berpendapatan rendah meningkat dua kali ganda di Lembah Klang, dari September hingga Disember tahun lalu, beliau memberitahu bahawa perkara itu merupakan kelemahan besar dalam sistem negara.

Tambahnya, UNICEF hanya menyambung laporan awal yang dibuat beberapa tahun lalu mengenai kemiskinan bandar dan jelas sistem negara masih lemah.

"Saya tidak menumpukan kepada kerajaan sekarang sahaja tetapi pimpinan negara daripada semua badan parti politik dan badan bukan kerajaan.

"Mereka harus ingat kadang kala ini retorik, soal isu demokrasi dan kelemahan institusi tetapi masih kurang fokus kepada kemiskinan dan masalah ketidakseimbangan ekonomi yang melebar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tidak wajar untuk memberi fokus kepada pilihan raya pada waktu pandemik ini ekoran ada rakyat yang masih terkesan dengan waktu yang sukar sekarang ini.