X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit mengukuh 60 mata asas berbanding dolar AS

Ringgit meneruskan keuntungan yang diraih pada urus niaga Isnin untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS)pagi Selasa. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan keuntungan yang diraih pada urus niaga Isnin untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Selasa disokong oleh permintaan kukuh untuk unit tempatan itu berserta peningkatan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan mengukuh 60 mata asas kepada 4.0570/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0630/0680 ketika ditutup petang Isnin.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent naik 0.48 peratus untuk diniagakan pada AS$60.85 setong.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, sementara ringgit pada kebiasaannya menikmati semua kelebihan ketika harga minyak melonjak, tetapi minggu ini lebih kepada minggu penentu bagi unit tempatan berkenaan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan ini susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0453/0501 daripada 3.0421/0465 ketika ditutup pada Isnin petang dan lemah berbanding euro kepada 4.8911/8996 daripada 4.8874/8942.

Ringgit merosot berbanding yen kepada 3.8583/8647 daripada 3.8472/8523 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5796/5887 daripada 5.5683/5764 sebelumnya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!