X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

WHO beri taklimat asal usul Covid-19 hari ini

Kumpulan pakar WHO tiba di lapangan terbang di Wuhan. - Foto AFP
A
A

GENEVA - Pasukan pakar antarabangsa yang menghabiskan sebulan di China untuk menyelidiki asal usul wabak Covid-19 akan memberi taklimat kepada media di Wuhan pada Selasa, diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Pasukan antarabangsa yang bekerja untuk memahami asal usul virus Covid-19 sedang melengkapkan empat minggu tugasan di Wuhan, China dan bersama-sama dengan rakan mereka dari China turut mengambil bahagian dalam sidang media," kata WHO pada Isnin, lapor NDTV.

Taklimat, pada jam 4 petang (waktu tempatan) di sebuah hotel di bandar itu akan disiarkan secara langsung dalam bahasa Inggeris di platform media digital dan sosial agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bekenaan.

Kes Covid-19 pertama dikesan di Wuhan pada Disember 2019.

Para saintis berpendapat penyakit itu yang telah membunuh lebih 2.3 juta orang di seluruh dunia berasal dari kelawar dan boleh menular terhadap manusia melalui mamalia lain.

Bagaimanapun belum ada jawapan pasti dan pegawai atasan WHO menafikan berjaya menemui jawapan dalam misi penyiasatan sensitif kali pertama itu.

Mereka memaklumkan lawatan di Wuhan kemungkinan akan menimbulkan banyak lagi pertanyaan yang perlu dijawab.

Sejak mereka tamat menjalani kuarantin selama 14 hari di hotel, pakar WHO telah mengunjungi sejumlah laman web berprofil tinggi yang berkaitan dengan asal wabak itu termasuk pasar makanan laut iaitu lokasi membabitkan orang pertama mendapat penyakit tersebut.

Kunjungan ke Institut Virologi Wuhan Rabu lalu adalah program berprofil paling tinggi dalam agenda kerana teori kontroversi yang mungkin menjadi sumber pandemik terbabit.

Para saintis di makmal melakukan penyelidikan mengenai beberapa penyakit paling berbahaya di dunia termasuk jenis koronavirus kelawar yang serupa dengan Covid-19.

Spekulasi muncul pada awal pandemik bahawa virus itu mungkin secara tidak sengaja bocor dari makmal di Wuhan walaupun tidak ada bukti yang diberikan untuk menyokong teori berkenaan.

Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Donald Trump dan penyokongnya memanfaatkan khabar angin terbabit dan memperkuatkannya dengan teori konspirasi bahawa China sengaja 'menyebarkan' virus tersebut.

Ketua misi WHO, Peter Ben Embarek, mengatakan perbincangan 'sangat jujur' bersama saintis China mengenai sumber pandemik terbabit termasuk teori mengenai kebocoran dari makmal, katanya kepada AFP pada Khamis lalu.

Walaupun tidak menyatakan teori tertentu, Ben Embarek menggambarkan beberapa teori terbabit sebagai tidak rasional dan menegaskan penyiasat tidak akan membuang masa untuk menyiasat dakwaan paling liar itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!