Presma gesa kerajaan benarkan makan berdua di restoran

Presma menggesa kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk dua individu pada satu meja. - Gambar kecil: Jawahar Ali Taib Khan
Presma menggesa kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk dua individu pada satu meja. - Gambar kecil: Jawahar Ali Taib Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menggesa kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk dua individu pada satu meja.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tidak membenarkan pelanggan makan di restoran menjejaskan industri tersebut.

Menurutnya, ramai pengusaha kedai makan dan restoran kini mengeluh kerana jualan harian merudum sejak PKP dikuatkuasakan semula.

“Pada PKP pertama, pengusaha kedai makan masih boleh bertahan kerana ada moratorium dan tidak membayar pinjaman bank serta bantuan lain. Tapi kali ini memang pengusaha terkesan sebab tiada penangguhan atau diskaun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, sejak PKP 2.0 ramai pengusaha kedai makan gulung tikar dan ada yang terpaksa meminjam duit daripada ah long kerana tidak mampu untuk menanggung kos yang tinggi bagi mengusahakan perniagaan mereka.

Sementara itu, ujar beliau, kebenaran makan di restoran mampu membantu meringankan beban pembekal bahan mentah yang akan terus menghantar dalam kuantiti banyak.

”Jadi secara tidak langsung kita juga membantu mereka untuk menjana pendapatan yang saya rasa mereka juga turut sama terkesan seperti kita,” katanya.

Artikel Berkaitan: