Perbuatan rasuah hanya keseronokan sementara

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Perbuatan menerima wang rasuah itu adalah keseronokan yang bersifat sementara.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi juga memberi kesan tidak langsung kepada keluarga.

“Jangan hanya fikir seronok dapat duit dengan beranggapan apa dilakukan tidak diketahui sesiapa. Ingatlah keseronokan rasuah hanya bersifat sementara.

“Jika ditangkap kesannya berpanjangan dan buat penjawat awam, anda boleh kehilangan kerja selama-lamanya serta merugikan diri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap usaha Sinar Harian memerangi rasuah dengan pelancaran Sinar Rasuah Busters dan berpendapat usaha sebegitu perlu dibuat secara berterusan.

Menurutnya, usaha itu juga memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak akan berjaya sekiranya dilakukan secara berseorangan atau meletakkan tanggungjawab itu hanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.

“Kerajaan negeri memandang serius gejala rasuah ini dan kita juga sentiasa mengadakan pelbagai kempen mengenainya. Bahagian unit integriti kita juga selalu ditambah baik.

“Untuk penjawat awam khususnya, hargailah kerja yang anda ada. Jangan bila sudah ditangkap kerana melakukan perbuatan rasuah baru mahu menyesal,” katanya.

Artikel Berkaitan: