Apabila penghantar makanan silap alamat

Tiba-tiba teringat insiden yang menimpa Merak Jalanan baru-baru ini apabila makanan yang dipesan tidak sampai ke tangan seperti yang diharapkan. Kejadian itu bukan terjadi sekali tetapi tiga kali!
Tiba-tiba teringat insiden yang menimpa Merak Jalanan baru-baru ini apabila makanan yang dipesan tidak sampai ke tangan seperti yang diharapkan. Kejadian itu bukan terjadi sekali tetapi tiga kali!
A
A
A

VIDEO petugas J&T Perak yang membaling barang pelanggan kerana tidak berpuas hati soal pemberian bonus menjadi topik hangat perbualan netizen sejak ia ditularkan pada Sabtu.

Insiden yang berlaku menarik perhatian orang ramai kerana bab membeli-belah secara online boleh diibaratkan sebagai perkara penting ketika ini.

Daripada barang keperluan elektrik, ikan, perabot hinggalah kepada pembelian anak pokok durian, semuanya boleh dibuat secara online.

Asalkan pembeli mempunyai duit, semuanya boleh dibeli tanpa mengira masa dan tempat.

Berbalik kisah J&T tadi, walaupun staf yang terlibat telah memohon maaf melalui satu video, ia tidak akan mengubat duka pelanggan yang terlibat selagi mereka tidak menerima barang tersebut dengan segera dan sempurna sifatnya.

Tiba-tiba teringat insiden yang menimpa Merak Jalanan baru-baru ini apabila makanan yang dipesan tidak sampai ke tangan seperti yang diharapkan. Kejadian itu bukan terjadi sekali tetapi tiga kali!

Salah satunya ialah apabila Merak Jalanan memesan ayam golek berserta pulut kuning sebagai hidangan waktu malam.

Setelah waktu melepasi jam 8.30 malam dan juadah masih belum diterima, Merak Jalanan terus bertanya kepada pemilik restoran status makanan yang dipesan.

Artikel Berkaitan:

Setelah disiasat rupa-rupanya makanan tersebut telah dihantar ke rumah orang lain. Paling mengejutkan Merak Jalanan ialah bukan pemilik sebenar makanan itu telah menghabiskannya dengan alasan mungkin hadiah daripada jiran tetangga. Merak Jalanan terbungkam!

Pengajaran daripada kejadian tersebut ialah jangan makan makanan yang tidak dipesan dan penghantar makanan perlu teliti dalam tugas kerana ia melibatkan tanggungjawab kepada pelanggan.