X

Kindly register in order to view this article
!

AFC tak kacau Vietnam

Windsor Paul
A
A

KONDEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) membidas tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan Vietnam tidak bersetuju aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda Jun depan.

Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata, sikap ‘membisu’ Vietnam ketika ini tidak seharusnya diperbesar-besarkan dan menjadi isu besar kepada negara lain.

“Mana kita tahu Vietnam tak setuju? Kita tak tahu, mungkin Vietnam dah setuju. Pihak AFC juga belum tahu keputusan Vietnam dalam perkara ini sama ada mereka bersetuju ditunda atau tidak.

Setakat ini, kami belum menerima sebarang surat rasmi daripada Vietnam. Seperti yang saya katakan sebelum ini, mereka masih mempunyai masa untuk membuat keputusan.

“Disebabkan pandemik (Covid-19) ini, mungkin ada sesetengah negara berdepan beberapa kekangan dan prosedur yang perlu dipatuhi sebelum mereka membuat keputusan.

“Jadi kami tidak akan kacau (campur tangan) siapa-siapa (negara). Sehinggalah 15 Februari ini, baru kami boleh mengetahui situasi terkini sama ada aksi kelayakan itu boleh diteruskan atau ditunda,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, tiga negara dalam Kumpulan G - Malaysia, Thailand, Indonesia menyatakan persetujuan aksi kelayakan itu yang dijadualkan berlangsung Mac depan ditangguh dan dijalankan secara karnival di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun depan.

Bagaimanapun, Vietnam selaku pendahulu Kumpulan G masih belum memberikan sebarang kata putus berhubung perkara berkenaan sehingga hari ini.

“Kami masih memberikan masa kepada setiap pasukan kerana lain negara, lain prosesnya. Sebab itu kami bagi tempoh sehingga 15 Februari supaya pasukan terbabit boleh selesaikan semua proses dalaman di negara masing-masing.

“Dalam hal ini, banyak pihak terkesan. Contohnya, bila tak jadi main di tempat sendiri, siapa nak bayar airboard? Hak penyiaran televisyen pun dah dijual sebab tak boleh main di tempat sendiri dan kena main di tempat lain,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, AFC akan terus memantau perkhabaran terkini daripada setiap pasukan yang boleh meneruskan aksi kelayakan tersebut pada Mac depan.

“Daripada keseluruhan 40 pasukan yang bertanding, ada banyak juga pasukan yang boleh meneruskan aksi kelayakan ini. Tetapi yang tak boleh main disebabkan kes Covid-19, kami akan tunda pada Jun.

“Kami juga tidak boleh tunda sesuka hati. Sebagai contoh, Qatar lawan India dan perlawanan itu boleh berlangsung di Qatar, tak ada sebab dilangsungkan Jun nanti secara karnival... tak munasabah.

“Namun, bagi negara yang tidak boleh meneruskan aksi kelayakan berikutan penutupan sempadan, peningkatan kes Covid-19, tiada kelonggaran untuk kuarantin dan sebagainya, mereka perlu beraksi secara karnival Jun depan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!