X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Rumah kongsi terbakar, tiga warga asing melecur

Kebakaran melibatkan sebuah rumah kongsi di Jalan Batu View, Kampung Selayang Lama pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga asing cedera dalam kebakaran melibatkan rumah kongsi di Jalan Batu View, Kampung Selayang Lama di sini pada Isnin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi Fuad Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 7 malam.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan rumah kongsi berkeluasan 20 X 100 kaki persegi.

"Sepasukan 60 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dibantu BBP Gombak Selatan, BBP Wangsa Maju dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja memadamkan api.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 7.14 malam, anggota mendapati keadaan asap sangat tebal dan api sangat marak," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal pada jam 7.58 malam.

Menurutnya, terdapat tiga mangsa lelaki dewasa warganegara Bangladesh melecur akibat kebakaran itu.

"Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang di sini dengan menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi menerima rawatan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!