MOB mudahkan pelanggan Bank Islam buka akaun baharu

MOB menggunakan tablet dengan perisian khusus yang membolehkan pelanggan pembukaan beberapa jenis akaun seperti Akaun Semasa, Akaun Simpanan dan Akaun Pelaburan seperti Al-Awtar dan iGain.
MOB menggunakan tablet dengan perisian khusus yang membolehkan pelanggan pembukaan beberapa jenis akaun seperti Akaun Semasa, Akaun Simpanan dan Akaun Pelaburan seperti Al-Awtar dan iGain.
A
A
A

SHAH ALAM - Bank Islam Malaysia muncul sebagai bank pertama di negara ini yang menggunakan saluran pendaftaran mudah alih ‘mobile onboarding’ (MOB) bagi pembukaan akaun baharu serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazam Mohamed berkata, saluran tersebut akan menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun lengkap termasuk pengeluaran kad debit serta-merta melalui janji temu.

Beliau berkata, perkhidmatan perbankan depan pintu melalui MOB akan mempercepatkan proses pembukaan akaun sedia ada dan membolehkan pengeluaran nombor akaun serta kad debit dibuat dengan segera.

“Perkhidmatan baharu ini tidak memerlukan pelanggan untuk hadir ke cawangan terdekat bagi proses pengesahan berbanding kaedah terdahulu. Proses pembukaan akaun menggunakan MOB hanya akan mengambil masa enam minit termasuk penyediaan kad debit dan tiada sebarang caj dikenakan.

“Perkhidmatan janji temu tersedia di seluruh negara setiap hari tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata, MOB menggunakan peranti tablet dengan perisian khusus yang membolehkan pembukaan beberapa jenis akaun seperti Akaun Semasa, Akaun Simpanan dan Akaun Pelaburan seperti Al-Awtar dan iGain.

“la bertujuan untuk memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan di samping memberikan pengalaman perbankan yang selamat dan cekap,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut memudahkan pelanggan dan transaksi perbankan mengikut waktu pelanggan sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan produk dan perkhidmatan seiring dengan trend dan keperluan semasa.

“Pengenalan MOB dalam situasi pandemik Covid-19 kini tepat kerana tidak menyukarkan pergerakan dan meningkatkan perkhidmatan perbankan inovatif yang cekap serta keselamatan pelanggan terjamin,” katanya.

Bank Islam sebelum ini memperkenalkan platform Pembukaan Akaun Maya (VAO) yang mana pelanggan boleh mengisi maklumat mereka secara dalam talian tetapi memerlukan proses pengesahan diselesaikan di cawangan.