Empat OKP dijel dan disebat

Tiga daripada empat OKP yang didakwa dan dikenakan hukuman penjara serta sebatan.
Tiga daripada empat OKP yang didakwa dan dikenakan hukuman penjara serta sebatan.
A
A
A

MACHANG – Empat lelaki yang melanggar syarat pengawasan orang kena pengawasan (OKP) yang berdaftar dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan.

Dakwaan yang melibatkan tarikh berbeza sepanjang Januari tersebut dibuat selepas kesemua mereka gagal melaporkan diri sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat pengawasan.

Ketua Pegawai AADK Machang, Azahari Abdullah berkata, OKP berusia 35 hingga 46 tahun terbabit didakwa mengikut Seksyen 6(2)(d) dan Seksyen 6(2) (f) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Tertuduh didapati melanggar satu daripada enam syarat pengawasan iaitu melapor diri di balai polis seperti yang ditetapkan. OKP perlu mematuhi enam syarat pengawasan ditetapkan termasuk melapor diri ke balai polis kerana jika melanggar salah satu syarat pun dalam tempoh hukuman dikenakan sudah menjadi satu kesalahan.

"Selain OKP, ibubapa atau keluarga juga perlu cakna soal ini dengan menasihati mereka agar sentiasa mematuhi syarat yang telah ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Sehingga 31 lalu, sebanyak 13 kes baharu dan berulang direkodkan AADK Machang hasil operasi antidadah yang dilaksanakan secara berterusan di sini.

Artikel Berkaitan: