X

Kindly register in order to view this article
!

17 individu sambut hari lahir kena kompaun

Antara individu yang dikompaun kerana menyambut hari lahir ketika dalam tempoh PKP pada Ahad.
A
A

LANGKAWI - Tindakan 17 individu yang teruja menyambut hari lahir di sebuah rumah di kawasan Makam Mahsuri di sini membawa padah selepas mereka dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 32 tahun itu ditahan sekitar jam 1 pagi pada Ahad ketika anggotanya mengadakan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP Covid-19.

Katanya, terdahulu pihaknya mengesan sekumpulan individu sedang berkumpul beramai-ramai di dalam sebuah rumah.

"Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati terdapat 17 individu terdiri daripada 13 lelaki dan empat wanita difahamkan sedang menganjurkan sambutan hari lahir," katanya menerusi suatu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kesemua individu yang tinggal di sekitar Pulau Langkawi itu dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!