Ederson mungkin bertanggungjawab sempurnakan penalti

Ederson mungkin diberikan tanggungjawab menyempurnakan sepakan penalti selepas ini untuk Machester City
Ederson mungkin diberikan tanggungjawab menyempurnakan sepakan penalti selepas ini untuk Machester City
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan dia mungkin akan memberikan tanggungjawab mengambil sepakan penalti kepada penjaga gol, Ederson Santana selepas ini.

Guardiola berkata demikian berikutan kegagalan Ilkay Gundogan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-32 ketika berdepan Liverpool di Anfield pada awal pagi Isnin.

Malah menurut Guardiola kegagalan Gundogan untuk menyempurnakan sepakan penalti itu sebenarnya adalah masalah utama yang dihadapi oleh skuad The Citizens itu sejak kebelakangan ini.

“Ia adalah masalah yang kami hadapi sekarang. Dalam saat-saat penting, kami tidak boleh terlepas peluang (menyempurnakan penalti), walau siapa pun yang diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan berkenaan.

“Oleh itu, saya mula memikirkan kembali untuk memberikan tanggungjawab berkenaan kepada Ederson pada perlawanan akan datang,” katanya.

Ederson
Ederson

Kegagalan Gundogan menyempurnakan sepakan penalti itu bagaimanapun berjaya ditebusnya menerusi dua gol pada minit ke-49 dan 73 sebelum Raheem Sterling menanduk masuk gol ketikga pada minit ke-76 dan Phil Foden meledak gol keempat City pada minit ke-83.

The Reds bagaimanapun tetap berjaya merapatkan jurang gol hasil sepakan penalti Mohamed Salah pada minit ke-63.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kemenangan berkenaan Guardiola berkata, kesebelasan City telah memulakan perlawanan dengan baik dalam usaha mencatatkan kemenangan.

Malah katanya, kesebelasan pemain juga telah beraksi cemerlang terutamanya pada separuh masa kedua hingga berjaya menjaringkan empat gol.

“Banyak perkara berlaku pada perlawanan ini dan antaranya ia melibatkan emosi khususnya apabila Gundogan gagal menyempurnakan sepakan penalti.

“Namun, kami berjaya mempamerkan kualiti tersendiri pada separuh masa kedua yang mengubah keputusan perlawanan,” katanya.