Kakitangan Kemas mengaku salah terima suapan RM2,500

Norshahril mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menerima suapan lima tahun lalu.
Norshahril mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menerima suapan lima tahun lalu.
A
A
A

MELAKA - Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap seorang pembantu tadbir kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Melaka selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,500, lima tahun lalu.

Tertuduh, Norshahril Ramlee, 40, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan tersebut terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh iaitu sebagai pembantu tadbir kanan Kemas didakwa telah menerima suapan bernilai RM2,500 daripada Mohd Hyzery Elec yang mana tertuduh mengetahui lelaki itu mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Peringgit Jaya di sini pada 14 November 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwanshah Abdul Samat sementara tertuduh diwakili peguam, Azrul Zulkifli Strok.

Artikel Berkaitan: