X

Kindly register in order to view this article
!

Alisson tetap penjaga gol terbaik dunia: Klopp

Alisson
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tampil mempertahankan penjaga golnya, Alisson Becker dalam kekalahan besar 1-4 kepada Manchester City di Anfield pada awal pagi Isnin.

Menurutnya, dia mengakui kesilapan Alisson yang menghantar bola kepada pemain City sehingga terhasilnya dua jaringan sebagai faktor utama kekalahan Liverpool, namun dia tidak mahu meletakkan 100 peratus kesalahan di bahu penjaga golnya itu.

"Kami melakukan dua kesalahan besar dan perlawanan ini sudah berakhir.Dalam perlawanan ketika anda mempunyai saat yang baik, dua gol kesilapan tersebut mematikan permainan.

"Saya bercakap dengan Alisson dan dia sangat kecewa. Itulah kesilapan yang kita tidak jangka akan berlaku. Satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan ialah belajar daripada kesilapan itu.

"Perkara itu (belajar daripada kesilapan) yang dia akan lakukan dan dia akan memastikan perkara itu tidak akan terjadi lagi kepadanya. Saya tidak mahu menyalahkannya kerana dia sudah beberapa kali menyelamatkan kami daripada situasi bahaya. Alisson tetap penjaga gol terbaik dunia," katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Illkay Gundogan membuka tirai jaringan buat City pada minit ke-49 sebelum disamakan Mohamed Salah menerusi jaringan penalti pada minit ke-63.

Dua kesilapan yang dilakukan Alisson dimanfaatkan Gundogan dan Raheem Sterling sebelum Phil Foden memastikan kemenangan besar melalui gol keempat.

Kekalahan tersebut juga menyaksikan hasrat Liverpool untuk mempertahankan trofi EPL yang dimenangi musim lalu juga kian pudar dengan ketinggalan 10 mata di belakang City.

"Ini bukan perlawanan terakhir musim ini. Ada banyak lagi perlawanan akan datang. Kami bukan bercita-cita kosong. Kami akan berjuang lebih bagus pada perlawanan akan datang.

"Apa yang berlaku malam ini adalah kerana kesilapan kami sendiri. Tetapi, kami belajar daripada kesilapan ini. Saya lebih suka bercakap mengenai perlawanan akan datang dan kita akan berusaha utnuk menang," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!