X

Kindly register in order to view this article
!

Ribut salji pertama di Belanda dalam tempoh sedekad

Tiga penduduk menolak sebuah kereta selepas ribut salji berlaku di Amsterdam pada Ahad. - AFP
A
A

THE HAGUE - Ribut salji melanda Belanda buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad pada Ahad, lapor laman web ramalan cuaca di negara tersebut, Weer.nl.

Susulan itu, pihak berkuasa negara berkenaan telah mengisytiharkan kod merah di seluruh Belanda.

Laman web itu menjelaskan, angin kuat dengan kombinasi salji telah berlaku pada waktu malam.

"Ini secara rasmi merupakan ribut salji di negara kita. Kali terakhir ribut salji berlaku ialah pada Januari 2010," menurut laman web berkenaan.

Berdozen-dozen penerbangan ditangguhkan atau dibatalkan di Lapangan Terbang Schiphol manakala lapangan terbang di Eindhoven di selatan negara berkenaan membatalkan semua penerbangan.

Semua jadual perjalanan kereta api turut dibatalkan di Belanda termasuk perkhidmatan antarabangsa ke Jerman.

Perkhidmatan trem turut dihentikan di Amsterdam.

Sebuah trem tergelincir di The Hague, kata seorang wartawan AFP.

Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan berhenti mengembara dan lebih 80 buah kereta dilaporkan terbabas di jalan raya.

Kebanyakan tempat di Belanda mempunyai saji setebal lima hingga 10 sentimeter (cm) manakala sebahagian kawasan pula setebal sehingga 30cm, lapor stesen penyiaran NOS.

Tahap suhu adalah teruk menyebabkan kerajaan Belanda terpaksa menutup semua pusat menguji Covid-19 selama beberapa hari. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!