Pengecualian cukai untuk wanita beranak empat di Hungary

Kerajaan Hungary umum berita baik untuk wanita beranak empat atau lebih.- Gambar Hiasan
A
A

BUDAPEST - HUNGARY. Wanita Hungary yang mempunyai empat orang anak atau lebih akan dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan seumur hidup, umum Perdana Menteri Viktor Orban, ia sehubungan rancangan kerajaan untuk menggalakkan kelahiran di negara itu.

Menurut Orban, ia merupakan langkah mempertahankan masa depan Hungary tanpa bergantung kepada imigrasi.

Populasi Hungary dikatakan menurun 32,000 orang setiap tahun dan wanita di negara itu mempunyai jumlah anak yang sedikit berbanding negara Kesatuan Eropah (EU) lain.

Selain langkah pengecualian cukai, pasangan muda juga akan ditawarkan pinjaman tanpa faedah yang akan dibatalkan apabila mereka memiliki tiga orang anak.

Dalam ucapan rasmi kepada rakyat, Orban turut mengumumkan beberapa langkah menggalakan penambahan populasi termasuk membina 21,000 nurseri kanak-kanak dalam tempoh tiga tahun, tambahan dana untuk sistem kesihatan negara dan juga subsidi perumahan. - BBC