Lelaki maut dihempap forklift

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas forklift yang dibawanya terbalik dan menghempapnya di Jalan Hasyim, Kampung Parit Hasyim, Ayer Hitam, Batu Pahat pada Isnin.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas forklift yang dibawanya terbalik dan menghempapnya di Jalan Hasyim, Kampung Parit Hasyim, Ayer Hitam, Batu Pahat pada Isnin.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut apabila jentera berat jenis forklift yang sedang dibawanya hilang kawalan dan terbalik lalu menghempapnya di Jalan Parit Hasyim, Kampung Parit Hasyim, Ayer Hitam, dekat sini pada Isnin.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 3.30 pagi, mangsa yang berusia 28 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata, semasa melalui jalan kampung tersebut yang merupakan laluan berbukit, kedudukan forklift berkenaan menjadi tidak stabil lalu hilang kawalan dan terbalik.

"Pemandunya dihempap forklift berkenaan. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 pagi sebelum lapan anggota dihantar ke tempat kejadian dibantu satu jentera Fire Rescue Team (FRT).

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas forklift yang dibawanya terbalik dan menghempapnya di Jalan Hasyim, Kampung Parit Hasyim, Ayer Hitam, Batu Pahat pada Isnin.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas forklift yang dibawanya terbalik dan menghempapnya di Jalan Hasyim, Kampung Parit Hasyim, Ayer Hitam, Batu Pahat pada Isnin.

"Pihak bomba yang diketuai Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Shalneeraj Abdullah tiba pada jam 3.50 pagi kerana tempat kejadian agak jauh dari BBP Ayer Hitam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan rescue tools dalam masa kira-kira 20 minit.

Mangsa katanya, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, operasi tamat pada jam 4.50 pagi.

Artikel Berkaitan: