Jual makanan depan hotel elak pekerja dibuang, hotel ditutup

Terdapat 10 menu istimewa dijual di Singgoh Beli dengan harga murah di hadapan Hotel The Grand Renai, Kota Bharu bagi menambah pendapatan hotel.
Terdapat 10 menu istimewa dijual di Singgoh Beli dengan harga murah di hadapan Hotel The Grand Renai, Kota Bharu bagi menambah pendapatan hotel.
A
A
A

KOTA BHARU-Tidak mahu membuang pekerja dan operasi ditutup, Hotel The Grand Renai, di sini mengambil inisiatif menjual makanan dengan pelbagaikan cara.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Raja Rusmin Raja Mahmud berkata, inisiatif menjual makanan dengan membuka reruai di hadapan hotel terpaksa dilakukan akibat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, lebih 10 menu dijual bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang dengan menawarkan makanan bertaraf hotel lima bintang tetapi harga serendah RM3 hingga RM20.

"Perniagaan kami susut 90 peratus, jadi supaya hotel tidak ditutup dan pekerja tidak dibuang kami perlu kreatif meskipun sedar sedang bersaing dengan kedai makan di luar sana.

"Setakat ini 170 pekerja di hotel ini masih kekal dan supaya kesemua tenaga kerja di sini masih mempunyai pendapatan untuk sara keluarga mereka, The Grand Renai berhempas pulas menjual dengan pelbagai cara," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Raja Rusmin membantu pekerjanya berniaga di reruai di hadapan Hotel The Grand Renai, Kota Bharu bagi menambah pendapatan dan mengelak pembuangan pekerja.
Raja Rusmin membantu pekerjanya berniaga di reruai di hadapan Hotel The Grand Renai, Kota Bharu bagi menambah pendapatan dan mengelak pembuangan pekerja.

Raja Rusmin berkata, pelaksanaan Singgoh Beli bermula Ahad sehingga 18 Februari itu juga dikendalikan dengan mematuhi prosedur operasi standard bagi mengelak penularan Covid-19.

Seorang pelanggan, Suhaimi Abdullah juga menyokong usaha dilakukan The Grand Renai dan juga hotel-hotel lain bagi membantu menambah pendapatan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Ramai yang terkesan akibat Covid-19. Selain menyelamatkan masa depan perniagaan dalam keadaan yang sukar, cara ini juga memberi peluang kepada masyarakat luar menikmati makanan hotel dengan harga murah.

"Mana nak dapat menu hotel dengan harga semurah RM3. Bolehlah kami merasa air tangan chef di hotel bila jual dengan harga murah," katanya.