X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir semakin surut di Sarawak

Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching kekal merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir.
A
A

KUCHING - Paras air di beberapa kawasan di dua daerah di Sarawak yang dilanda banjir sejak lebih seminggu lepas terus menurun hari ini dengan jumlah mangsa di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 813 orang berbanding 823 orang petang Ahad.

Seramai 12 mangsa dari PPS di SK Tanah Puteh, Serian dibenarkan pulang ke kediaman mereka menjadikan hanya 338 mangsa yang masih berada di PPS itu, lapor Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Bagaimanapun, angka mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Ranchan, juga di Serian, bertambah dua orang menjadi 35 mangsa setakat 8 pagi ini.

Selain kedua-dua pusat pemindahan itu, tiga lagi PPS yang masih beroperasi di Serian ialah di Dewan Kampung Slabi Entukuh dengan 42 mangsa, Dewan Masyarakat Serian (148 mangsa) dan Dewan Kampung Rimba Padi (75 mangsa).

Selain Serian, daerah Simunjan juga masih banjir dengan 175 mangsa kekal berada di empat PPS.

Daripada jumlah itu, 96 mangsa masih berada di PPS Dewan Mesra Simunjan, Dewan Kampung Entangor, Sebuyau (40 mangsa), Dewan Masyarakat Lubok Buntin (27 mangsa) dan Masjid Kampung Seruyuk, Sebuyau (12 mangsa). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!