Gabungan data My Sejahtera, Selangkah mampu bantu kurangkan kadar jangkitan

Program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.
Program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM- Gabungan data yang diperoleh daripada aplikasi My Sejahtera dan Selangkah dilihat boleh membantu dalam mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil gabungan dua data itu menjadikan data yang dikumpul semakin tepat dan mampu untuk membuat ramalan serta unjuran yang lebih baik.

Menurutnya, sebelum ini dengan menggunakan data, Selangor telah mengesan beberapa kawasan yang diramal menjadi kawasan jangkitan Covid-19.

“Sebab itu saya minta pihak kerajaan untuk berkongsi data bersama kita, supaya data tersebut boleh dianalisa dalam sistem kita.

“Perkara ini telah dibuktikan pada gelombang kedua yang mana melalui data, kita mengetahui ramai yang berkumpul di Pasar Jalan Othman. Kita telah meramalkan dan berjaya kawal penularan wabak ini,” katanya dalam program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' secara langsung pada Ahad.

Dari atas, kiri: Amirudin, Chun Wai, Hussamuddin dan Johan pada program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.

Program tersebut turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.

Dalam pada itu, Amirudin turut mencadangkan agar diperbanyakkan pusat kuarantin bagi mengurangkan beban Kementerian Kesihatan dan hospital dalam mengawal penularan Covid-19 yang kini telah mencecah kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) 100 peratus.

Artikel Berkaitan:

Amirudin pada program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.
Amirudin pada program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.

“Di dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mereka menggunakan kaedah Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS). Jadi, kerajaan kini telah membuat kaedah mencari, menguji, mengesan dan sokongan namun kurang dari segi pengasingan.

“Saya telah menawarkan kepada kerajaan Persekutuan untuk membuka dua pusat kuarantin yang baharu di negeri Selangor pada minggu hadapan untuk membuat pengasingan kepada mereka yang positif.

“Ini kerana, kuarantin secara kendiri tidak mendatangkan hasil yang terbaik," katanya.