MB Selangor sokong gerakan Sinar Rasuah Busters

Amirudin pada program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.
Amirudin pada program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyokong usaha yang dilakukan Sinar Harian bagi memerangi rasuah dengan pelancaran Sinar Rasuah Busters.

Menurutnya, bebas daripada rasuah ialah antara manifesto yang dibentangkan oleh kerajaan negeri Selangor dan jika tidak dibuktikan, mereka akan hilang kepercayaan daripada rakyat.

“Saya sendiri tandatangan dengan Ketua Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita alu-alukan dan saya sedia untuk sokong. Tiada yang akan membantah jika saya sokong gerakan ini (Sinar Rasuah Busters),” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian pada program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.

Program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.
Program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Ia merupakan satu gerakan reformasi moral daripada rakyat untuk rakyat dan negara, tanpa sebarang agenda politik.

Menurut Hussamuddin, gerakan Rasuah Busters bukan sahaja untuk membersihkan rasuah, namun gerakan tersebut juga bertujuan untuk membersihkan ekosistem politik yang tidak matang seperti politik wang.

Artikel Berkaitan:

Dari atas, kiri: Amirudin, Chun Wai, Hussamuddin dan Johan pada program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam Ahad.

“Negara perlu diuruskan dengan lebih beretika dan berintegriti. Jadi kita berharap Datuk Seri Amirudin menjadi menteri besar yang pertama untuk menyokong gerakan ini. Ini merupakan gerakan rakyat, dan kita akan membesarkan gerakan ini. Banyak pertubuhan bukan kerajaan yang telah bersama dan akan menjadi satu perubahan.

“Kita perlukan sokongan daripada politik. Jadi jika Selangor ada komitmen dalam perkara ini, kita akan berjaya. Jika Selangor bersih, seluruh negara akan bersih.

Program tersebut turut dihadiri Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.